Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

PUTRAJAYA, 25 Mac – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus berperanan aktif dalam memperkasakan tenaga kerja melalui pelbagai program latihan dan peningkatan semula kemahiran.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata inisiatif itu bertujuan memastikan pekerja memperoleh kemahiran yang relevan bagi menghadapi cabaran pasaran kerja yang semakin dinamik.

Menurutnya, keseimbangan dalam aspek akidah, hukum, dan akhlak turut memainkan peranan dalam membentuk masyarakat majmuk yang harmoni serta memastikan keadilan diberikan kepada mereka yang berhak.

“Kita bertanggungjawab menjaga manusia sebagai sumber tenaga kerja dan harus mengekalkan hubungan industri yang harmoni. Yang paling penting adalah memberikan keadilan serta hak kepada yang sepatutnya,” katanya ketika berucap di Majlis Ramadan KESUMA, di sini.

Dalam majlis sama, sumbangan dan duit raya turut diberikan kepada penerima manfaat PERKESO serta anak yatim sebagai tanda keprihatinan kementerian terhadap kebajikan masyarakat.-Berita RTM