Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR, 13 Mac- Kerajaan akan semak semula Jadual 7 di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Akta 586).

Ini bagi memastikan ketelusan dalam paparan harga ubat di fasiliti kesihatan swasta mulai 1 Mei ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata satu Memorandum Jemaah Menteri berkaitan perkara itu akan dibentangkan pada April depan.

“Saya menjangkakan mendapat sokongan padu daripada klinik pada 1 Mei nanti, untuk kita sama-sama melaksanakan paparan harga ubat.

Ini sebagai satu kaedah yang mengizinkan rakyat dan pesakit mendapat informasi atau maklumat dalam membuat rawatan,” kata Dr. Dzulkefly di Parlimen, hari ini.

Katanya, ia seiring dengan usaha kerajaan dalam meningkatkan akses kepada rawatan berkualiti pada harga yang berpatutan di sektor kesihatan swasta.-Berita RTM