Notis Merah Interpol akan dipohon oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap menantu pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Mahiaddin Yassin – Muhammad Adlan Berhan berkaitan kes Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe).
Ini ekoran dari tindakan Adlan dan Mansoor yang melarikan diri dari siasatan penyelewengan projek NIISe.
Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Azam Baki berkata permohonan itu akan dilakukan dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat sekiranya mereka tidak muncul membantu siasatan.
SPRM juga akan minta kerjasama PDRM dan Jabatan Imigresen (Imigresen) untuk membekukan pasport dua individu berkenaan.
“SPRM tidak boleh berkongsi maklumat berhubung lokasi yang dituju oleh mereka, tetapi apa yang pasti mereka masih di luar negara.
“Kita mengesyaki mereka berada di sebuah negeri (di luar negara), maka tindakan yang boleh diambil adalah meminta JIM membekukan pasport kedua-duanya sekiranya masih gagal memberi sebarang maklum balas,” katanya dalam sidang akhbar pagi ini.
Projek NIISe adalah projek pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing yang dikenali sebagai Sistem Imigresen Bersepadu Nasional.