Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

MELAKA: Jejantas Tun Teja di sini, yang menjadi mercu tanda baharu di Melaka khususnya dalam sektor pelancongan, dijangka menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil di kawasan bandar.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata ini kerana pengubahsuaian jejantas yang sebelum ini dikenali sebagai Jejantas Melaka Sentral itu bukan hanya sekadar ikon pelancongan semata-mata, sebaliknya menjadi antara lokasi tumpuan peniaga kecil untuk menjana pendapatan menerusi penyediaan ruang niaga di kawasan terbabit.

Letaknya di tengah Bandaraya Melaka, beliau berkata, Jejantas Tun Teja yang menelan kos ubah suai dan naik taraf berjumlah RM7.9 juta itu, dapat memberi kelegaan kepada peniaga di kawasan bandar, di samping dapat menjadikan ia sebagai lokasi yang perlu dikunjungi pelancong apabila menjejakkan kaki ke negeri bersejarah itu.

“Pembinaannya adalah berkonsepkan reka bentuk Istana Melaka yang mempunyai ciri-ciri seni dan budaya, disulami seni arkitektur Melayu lama selain mengguna pakai teknologi moden lampu diod pemancar cahaya (LED) yang akan menyala mengikut pergerakan manusia menggunakan jejantas ini.

“Justeru, menerusi kewujudan produk ini, Melaka mencatatkan satu lagi sejarah apabila hasrat untuk mewujudkan satu lagi ikon pelancongan baharu tercapai. 

“Ia bukan sekadar ikon pelancongan, namun Jejantas Tun Teja ini juga ditambah baik bagi meningkatkan peluang peniagaan masyarakat tempatan di kawasan berhampiran jejantas ini,” katanya selepas merasmikan jejantas itu, malam tadi.

Yang turut hadir, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abd Razak Abd Rahman dan Datuk Bandar Bandaraya Melaka Bersejarah, Datuk Shadan Othman.

Ab Rauf turut menjelaskan Jejantas Tun Teja bukan menciplak idea daripada pembinaan jejambat pejalan kaki Saloma Link di Kuala Lumpur, sebaliknya lebih kepada usaha menaik taraf jejantas sedia ada kepada yang lebih moden dengan mengeluarkan kos jauh lebih rendah.

“Saya melihat ada beberapa negeri yang mempunyai jejantas seperti ini termasuk di Kuching, Sarawak dan Kuala Lumpur, namun bagi saya Melaka melakukan usaha untuk menaik taraf jejantas sedia ada untuk dijadikan satu nilai tambah kepada sektor pelancongan negeri.

“Ia tidak sama dengan Saloma Link kerana projek itu adalah satu jejantas pejalan kaki baharu tetapi kita (Jejantas Tun Teja) menggunakan produk sedia ada yang dinaik taraf dan harganya jauh lebih rendah,” katanya.

Ab Rauf turut menegur pihak tertentu yang mengkritik usaha menaik taraf jejantas berkenaan khususnya di media sosial.

“Saya berharap eloklah mereka mendapatkan penerangan yang terperinci mengenai usaha kerajaan negeri menerusi MBMB ini bagi menjadikan kawasan sekitar Melaka Sentral itu sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi khususnya membabitkan peniaga kecil di kawasan bandar.

https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=358&adk=1983910584&adf=2803648221&pi=t.aa~a.1654364369~i.35~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1740217988&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×358&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F02%2F1364380%2Fjejantas-tun-teja-ikon-baharu-pelancongan-bandaraya-melaka&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1740217990052&bpp=1&bdt=870&idt=0&shv=r20250218&mjsv=m202502190101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3D0af2aab04a7177cb%3AT%3D1739907772%3ART%3D1740217630%3AS%3DALNI_MbvUYwgXbyuek2jxsVfCzLlv2qrsA&gpic=UID%3D00001040dad436e6%3AT%3D1739907772%3ART%3D1740217630%3AS%3DALNI_MZXeZgf1y6h7V_OgVi_AyjyOIh2CA&eo_id_str=ID%3Dfbb5b8098c999980%3AT%3D1739907772%3ART%3D1740217630%3AS%3DAA-AfjZhdOYObX8rL4Vi-2XAOpPJ&prev_fmts=0x0%2C430x358&nras=3&correlator=4018211649885&frm=20&pv=1&u_tz=480&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=3813&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=31090562%2C42531706%2C95350442%2C31090558%2C95347433%2C95350016&oid=2&pvsid=3498611952705637&tmod=831384323&uas=1&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=3&uci=a!3&btvi=2&fsb=1&dtd=5

“Dengan kewujudan Jejantas Tun Teja ini dapat menarik lebih ramai pelancong ke kawasan itu manakala peniaga kecil sudah pasti menerima tempiasnya.

“Bagi saya, kritikan dan kecaman memang biasa dalam mana-mana usaha pembangunan yang dibuat oleh kerajaan, namun kita menerima dengan hati terbuka kerana hasrat kerajaan negeri ialah untuk memastikan rakyat dan juga peniaga kecil di kawasan ini mendapat pulangan ekonomi yang baik,” katanya.-BH Online