Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Keputusan sampel produk sandwic ‘ham dan cheese’ yang dihantar ke Jabatan Kimia minggu lalu, dijangka diketahui esok.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh mengesahkan mengenai perkara itu. 

“Dijangka esok,” katanya ringkas kepada BH, hari ini. null

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, keputusan mengenai produk itu akan diumumkan oleh KPDN.

Minggu lalu, media melaporkan sampel produk sandwic ‘ham dan cheese’ yang didapati menyalah guna logo halal, sudah dihantar ke makmal untuk dianalisa, bagi mendapatkan laporan status ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam, dilaporkan berkata ujian itu dibuat bertujuan mengesan sama ada terdapat DNA babi dalam produk makanan berkenaan atau sebaliknya.

Beliau dilaporkan berkata, pengesahan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) terhadap syarikat yang disiasat berkaitan produk sandwic sudah dibuat untuk pembuktian kesalahan.-BH Online