Kes saman fitnah yang difailkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) akan didengar di mahkamah dalam tahun 2026 selama enam hari.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan pendengaran pada Julai 13 hingga 20 dan pada Julai 26 di depan hakim mahkamah sivil, Ahmad Shahrir Mohd Salleh
Perkara ini disahkan oleh peguam Anwar, Datuk Sankara Nair.
Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Awang ekoran dakwaan pemimpin PAS bahawa Anwar menyalahgunakan kuasa dengan campurtangan di dalam urusan agensi penguatkuasaan dan pendakwaan.
Awang juga telah mempertikaikan pelantikan Anwar sebagai perdana menteri kesepuluh.