Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR, 14 Oktober– Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada masyarakat Orang Asli.

Jaminan itu diberikan Perdana Menteri semasa menerima kunjungan hormat dari wakil-wakil masyarakat Orang Asli yang diketuai oleh Ahli Dewan Negara Senator Manolan Mohamad di Parlimen.

Menerusi hantaran di facebook, beliau berkata pertemuan itu membincangkan pelbagai perkara khususnya tentang isu sosioekonomi masyarakat orang Asli dan usaha bagi meningkatkan keterlibatan masyarakat dalam bidang pendidikan serta peluang anak Orang Asli bagi menjawat jawatan di dalam jabatan kerajaan.

Kunjungan hormat itu dihadiri wakil dari Persatuan Orang Asli Perak, Persatuan Pembangunan Orang Asli Malaysia, Persatuan Semelai Pahang, Jaringan Orang Asli Pahang, Koperasi Asal Orang Asli Selangor Berhad serta Jaringan Orang Asli Semalaysia.-Berita RTM