Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR, 9 September – Golongan wanita tempatan disaran mengamalkan sikap ambil tahu dan mempelajari ilmu berkaitan aset digital serta teknologi, termasuk rantaian blok (blockchain) dan mata wang kripto.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata penglibatan wanita dalam bidang itu penting untuk membantu kerajaan dan industri menangani risiko serta cabaran terkini berkaitan mata wang kripto.

“Jika kita ingin melangkah ke hadapan dalam dunia yang tahan uji dan selamat, kita perlu bersatu untuk mencipta kerangka keselamatan yang teratur tetapi maju untuk era maklumat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Sidang Kemuncak Wanita UNODC Dalam Mata Wang Kripto, di sini.

Tambah Dr. Noraini, walaupun teknologi memberi kemudahan secara universal, ia tetap mendedahkan pengguna kepada pelbagai risiko.-Berita RTM