Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan menzahirkan penghargaan kepada pasukan keselamatan negara atas jasa, khidmat dan bakti mereka melindungi kedaulatan tanah air.

Turut berkenan menzahirkan penghargaan kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu ialah Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara dan pemerintah tertinggi ATM, juga berkenan menzahirkan sanjungan tinggi terhadap pengorbanan wira negara yang menjaga keamanan serta ketenteraman tanpa mengira masa.null

“Terima kasih perwira negara. Jasa dan bakti anda akan sentiasa dikenang,” titah Seri Paduka berdua dalam hantaran melalui Facebook yang dimuat naik sempena sambutan Hari Pahlawan, hari ini.

Baginda berdua juga menzahirkan ucapan takziah kepada pahlawan dan perwira tanah air yang terkorban ketika bertugas. 

“Semoga roh mereka yang beragama Islam sentiasa dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin,” titah Seri Paduka. – BERNAMA