Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Pelepasan asap hitam di Port Dickson adalah berpunca daripada situasi pembakaran gas tidak sempurna berlaku di sebuah premis penapisan minyak mentah.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, menerusi siasatan yang dilaksana Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri mendapati premis tersebut sedang dalam proses permulaan (start-up) dan penstabilan semula operasi. 

Tambahnya, ia merupakan aktiviti rutin bagi tujuan keselamatan sistem loji untuk mengelak berlakunya kebakaran atau letupan. 

Proses berkenaan dijangka selesai lewat hari ini. 

“Jadi, kita telah mengingatkan pihak syarikat supaya mereka terus mengambil tindakan yang terbaik serta mengamalkan langkah-langkah tertinggi.”

Ini penting kerana membabitkan soal kualiti udara dan aspek keselamatan loji khususnya keselamatan dan kesihatan penduduk,” kata Nik Nazmi kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan ke premis berkenaan di Port Dickson, petang tadi. 

Terdahulu, media melaporkan terdapat aduan berhubung pelepasan asap hitam oleh penduduk berhampiran premis berkenaan.-Berita RTM