Tinjauan dan penguatkuasaan yang efektif perlu dilakukan bagi isu kekurangan beras putih tempatan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha itu bagi memastikan beras putih tempatan mencukupi terutamanya untuk golongan miskin bandar.
Agensi kerajaan termasuk polis, tentera dan sekolah diminta membeli beras import agar bekalan beras putih tempatan berada dalam pasaran.
“Ada sekitar 150,000 metrik tan beras tempatan yang boleh diedar, tidak cukup untuk semua tapi kalau kita tumpu semua di kawasan miskin bandar seperti kampung-kampung, pedalaman melalui FAMA dan LPP.”
“Maka, sekurang-kurangnya sebahagian besar majoriti rakyat berpendapatan rendah guna beras tempatan,” kata Anwar dalam Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di Bangunan Perbendaharaan, di sini.
Baru-baru ini, Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) telah memutuskan beras putih import diturunkan antara RM2.00 hingga RM3.00 manakala beras tempatan berharga RM26.00 setiap 10 kilogram kembali di pasaran.-Berita RTM