Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

BUKIT MERTAJAM, 25 April– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pembangunan teknologi digital memberi manfaat secara menyeluruh kepada rakyat dan tidak hanya tertumpu kepada kawasan bandar semata-mata.

Tegas beliau, kerajaan tidak mahu wujud jurang digital antara golongan kaya di bandar dengan masyarakat luar bandar yang kurang akses kepada teknologi.

“Selain melebarkan kemudahan ini, saya tegaskan bahawa teknologi baharu ini jangan sesekali mengasingkan kita daripada agama, budaya dan nilai murni kita. Kita mahu anak-anak kita pintar digital, teknologi, komputer dan AI, namun kita tidak mahu mereka menjadi ‘pak turut’ yang hanya mengagumi pandangan dari Barat sehingga hilang jati diri, akidah serta akhlak.”

“Inilah intipati yang ditekankan dalam kerangka Negara MADANI, yang mana teknologi baharu dan transformasi digital menjadi salah satu dasar utamanya,” kata Datuk Seri Anwar.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Pelancaran Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kubang Semang (Yayasan Aman), di sini, hari ini.-Berita RTM