Oleh: Noraini Nordin
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen yang tinggi dalam usaha meningkatkan kesejahteraan kehidupan rakyat dengan memperkenalkan lagi inisiatif baharu melalui pelbagai kementerian serta agensi-agensi yang berkaitan.
Pelbagai pakej ransangan sosioekonomi telah diperkenalkan oleh Kerajaan MADANI yang mencakupi semua golongan masyarakat termasuk warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Terkini, dalam usaha memberi sokongan kepada warga emas untuk aktif menceburi bidang perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah memperkenalkan Skim Pendaftaran Peniagaan Percuma Warga Emas (SPPWE).
Skim SPPWE ini adalah salah satu daripada empat inisiatif utama SSM 2026 seiring dengan aspirasi untuk memberi tumpuan kepada peningkatan tahap pematuhan korporat serta pengurangan bebanan komuniti perniagaan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) .
Empat inisiatif tersebut telah diumumkan oleh Timbalan Menteri KPDN Senator Datuk Dr. Fuziah Salleh pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Program Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan 2026 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, semalam.
SKIM PENDAFTARAN PERNIAGAAN PERCUMA WARGA EMAS (SPPWE)
Sebagai langkah memperluas penyertaan ekonomi secara inklusif, SSM
turut memperkenalkan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma Warga
Emas (SPPWE) sebagai kategori baharu di bawah SPPP.
Skim tersebut menawarkan pendaftaran perniagaan secara percuma bagi
tahun pertama kepada warga emas, sekali gus membuka peluang kepada
golongan ini untuk menjana pendapatan dan terus aktif menyumbang
kepada ekonomi negara.
Inisiatif tersebut juga selari dengan keperluan negara dalam menghadapi
cabaran menuju ke arah negara menua (ageing nation).
Data Jabatan
Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa peratusan penduduk
berumur 65 tahun ke atas meningkat kepada sekitar 8% pada tahun 2025
dan dijangka melebihi 15% menjelang tahun 2030.
Usaha SSM menawarkan SPPWE tersebut, sewajarnya dihargai oleh masyarakat demi memastikan warga emas yang berminat dalam perniagaan terus aktif dan memafaatkan ilmu serta pengalaman dalam bidang tersebut.
- SKIM OKU 1 PERNIAGAAN (S1O1P).
Inisiatif kedua adalah penerusan Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1O1P)
yang menyediakan pendaftaran perniagaan secara percuma kepada
golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Melalui skim berkenaan, golongan OKU bukan sahaja menerima manfaat
pendaftaran perniagaan secara percuma, malah turut menikmati
pembaharuan pendaftaran secara percuma setiap tahun.
Pendekatan tersebut
membantu mengurangkan beban kos pematuhan serta menggalakkan
penyertaan lebih inklusif dalam aktiviti keusahawanan
Sudah pasti inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan MADANI melalui SSM dapat merancakkan aktiviti perniagaan golongan yang disasarkan ini yang secara langsung membantu mereka meningkatkan taraf ekonomi sesuai dengan cabaran semasa.
Timbalan Menteri KPDN, Senator Datuk Dr.Fuziah Salleh dalam kenyataan medianya berkata, inisiatif untuk OKU adalah di bawah Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S101P) akan dapat membantu golongan tersebut untuk terus menjalankan perniagaan mereka.
“Melalui skim ini, golongan OKU bukan sahaja menerima manfaat
pendaftaran perniagaan secara percuma, malah turut menikmati
pembaharuan pendaftaran secara percuma setiap tahun.
Pendekatan ini secara langsung
membantu mengurangkan beban kos pematuhan serta menggalakkan
penyertaan lebih inklusif dalam aktiviti keusahawanan, ‘’ jelasnya.
LEBIH SERIBU USAHAWAN OKU TERIMA MANFAAT S101P
Sejak 2023, lebih 1,728 golongan OKU seluruh negara telah menerima manfaat tersebut yang telah ditawarkan oleh SSM kepada mereka.
Sudah pasti inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan MADANI melalui SSM dapat mendorong aktiviti perniagaan golongan yang disasarkan ini yang secara langsung membantu mereka meningkatkan taraf ekonomi sesuai dengan cabaran masa kini.

SSM sendiri sudah pasti mengharapkan para para usahawan dan komuniti korporat
memanfaatkan sepenuhnya peluang yang disediakan melalui
inisiatif-inisiatif tersebut dalam memastikan pematuhan berterusan terhadap
undang-undang, seterusnya menyumbang kepada persekitaran
perniagaan domestik yang lebih berdaya saing, mampan dan inklusif.
Sebagai rujukan , empat inisiatif yang diperkenalkan oleh SSM pada 2 April 2026 ialah:-
- KLINIK PEMATUHAN DAN KEMPEN PEMULIHAN DOKUMEN STATUTORI
Inisiatif pertama ialah pelaksanaan Klinik Pematuhan dan Kempen
Pemulihan Serah Simpan Dokumen Statutori bagi membantu syarikat
yang menghadapi kesukaran memenuhi kewajipan di bawah Akta
Syarikat 2016.
Melalui inisiatif ini, syarikat berpeluang mendapatkan khidmat nasihat
secara langsung daripada pegawai SSM serta melaksanakan tindakan
pemulihan terhadap dokumen statutori yang tertunggak seperti Penyata
Tahunan (PT), Penyata Kewangan (PK) dan Maklumat Pemunyaan
Benefisial (PB).
Sebagai sebahagian daripada pendekatan pemulihan yang lebih
komprehensif, kempen ini akan berlangsung dari 16 April 2026 hingga 30
September 2026 dengan kemudahan berikut:
- Tempoh 3 bulan untuk serah simpan PT dan PB tertunggak;
- Tempoh 6 bulan untuk serah simpan PK tertunggak; dan
- Tempoh 3 bulan untuk memohon pemotongan nama syarikat tidak
aktif.
Selain itu, syarikat yang menyertai kempen ini turut berpeluang menikmati
pengecualian tindakan pendakwaan dalam tempoh tertentu,
pengecualian kompaun bagi kesalahan yang belum dikompaun serta
pengurangan kompaun bagi kesalahan tertentu.
- SKIM OKU 1 PERNIAGAAN (S1O1P).
Inisiatif kedua adalah penerusan Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1O1P)
yang menyediakan pendaftaran perniagaan secara percuma kepada
golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Melalui skim ini, golongan OKU bukan sahaja menerima manfaat
pendaftaran perniagaan secara percuma, malah turut menikmati
pembaharuan pendaftaran secara percuma setiap tahun.
Pendekatan ini
membantu mengurangkan beban kos pematuhan serta menggalakkan
penyertaan lebih inklusif dalam aktiviti keusahawanan.
- PELANJUTAN TEMPOH SKIM PENDAFTARAAN PENIAGAAN PERCUMA (SPPP)
Seterusnya, SSM melanjutkan tempoh pendaftaran Skim Pendaftaran
Perniagaan Percuma (SPPP) daripada satu tahun kepada dua tahun.
Inisiatif ini memberi peluang kepada usahawan daripada kumpulan B40
serta pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS, Politeknik dan institusi
kemahiran untuk mendaftarkan perniagaan secara percuma di bawah
Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, sekali gus menyokong kelestarian
dan pertumbuhan PMKS.
- SKIM PENDAFTARAAN PERNIAGAAN PERCUMA WARGA EMAS (SPPWE)
Sebagai langkah memperluas penyertaan ekonomi secara inklusif, SSM
turut memperkenalkan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma Warga
Emas (SPPWE) sebagai kategori baharu di bawah SPPP.
Skim ini menawarkan pendaftaran perniagaan secara percuma bagi
tahun pertama kepada warga emas, sekali gus membuka peluang kepada
golongan ini untuk menjana pendapatan dan terus aktif menyumbang
kepada ekonomi negara.
Pelaksanaan bagi inisiatif pertama dan kedua akan bermula pada 16 April
2026, manakala inisiatif ketiga dan keempat akan berkuat kuasa mulai 1
Jun 2026.-MEDIA PERPADUAN
