KUALA LUMPUR, 2 April – Kedaulatan Undang-undang dalam hubungan antarabangsa tidak boleh diaplikasikan secara selektif, sebaliknya perlu dilaksana secara konsisten bagi menjamin kredibilitinya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prinsip kedaulatan undang-undang ketika ini dilihat semakin terhakis, khususnya dalam arena geopolitik antarabangsa.
“Dalam arena geopolitik, kita menyaksikan Kedaulatan Undang-undang semakin terpinggir dan digantikan dengan ‘undang-undang rimba’, di mana keadilan diketepikan oleh naluri yang lebih rendah, serta keadaan di mana kekuatan menentukan kebenaran. Terdapat ironi yang mendalam dalam situasi ini, satu bentuk hipokrasi yang terselindung, malah boleh dianggap sebagai penyimpangan nilai yang bersifat patologi apabila sesetengah pihak yang paling lantang memperjuangkan tatanan antarabangsa berasaskan peraturan bukan sahaja gagal mematuhinya, malah menunjukkan penghinaan yang nyata terhadapnya,
“Undang-undang seharusnya dikuatkuasakan secara adil dan saksama kepada semua pihak; tanpa sebarang pengecualian demi keadilan sejaga,” kata Datuk Seri Anwar ketika berucap merasmikan ‘Commonwealth Legal Education Association (CLEA) Conference 2026’ di Universiti Malaya.-Berita RTM
