SUBANG, 2 April -Garis panduan berkaitan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (BDR) dijangka diumumkan dalam tempoh terdekat.
Ketika ini kerajaan masih di fasa akhir bagi memuktamadkan pelaksanaan dasar berkenaan yang melibatkan sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, dasar ini akan dilaksanakan secara berfasa, melibatkan sektor kerajaan, kementerian serta GLC.
“Ia akan dibuat secara berfasa Ia akan dibuat Secara berfasa Buat masa ini mungkin Yang terlibat Lembah Klang Penang Johor Kuching Sarawak Beberapa tempat. Kita akan menentukan Beberapa syarat Beberapa guidelines Yang akan diumumkan Oleh Ketua Setiausaha Negara Di dalam Beberapa hari Yang akan datang,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Bicara dan Perkongsian, Menelusuri 1 Mei 2026: Pekerja Kesuma Bangsa, di sini.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan dasar BDR bagi sektor awam dan GLC bermula 15 April, sebagai langkah proaktif dalam mendepani krisis tenaga global.
Program Bicara dan Perkongsian “Menelusuri 1 Mei 2026: Pekerja Kesuma Bangsa” menghimpunkan lebih 500 peserta terdiri daripada pekerja, pelajar serta pemandu dan penunggang e-hailing.
Program akan dilaksana di enam zon seluruh negara sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan antara kerajaan, majikan dan pekerja.
Selain bertujuan menyemarakkan sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 1 Mei ini.
Siri penganjuran turut membuka peluang pekerjaan kepada pelajar yang terlibat.-Berita RTM
