Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan perkembangan terkini urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Menerusi hantaran Facebook rasmi Sultan Ibrahim, sesi menghadap yang berlangsung di Istana Bukit Tunku, di sini, hari ini turut mengadakan perbincangan mengenai perkembangan terkini.

“Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan perkembangan terkini urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan serta membincangkan isu-isu semasa,” menurut hantaran itu.-Berita RTM