Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Persiapan bagi menghadapi musim haji tahun ini berjalan lancar dan mengikut perancangan yang ditetapkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, menerusi hantaran di Facebook hari ini, memaklumkan beliau selamat tiba di Arab Saudi bersama pasukannya bagi menguruskan jadual kerja yang padat termasuk menghadiri Forum Umrah dan Ziarah di Madinah serta memantau persiapan haji.

Beliau berkata, lawatan itu turut dimanfaat untuk meninjau sendiri kemudahan dan penempatan bakal jemaah di Makkah termasuk fasiliti untuk petugas Tabung Haji.

Katanya, pelbagai penambahbaikan dilaksana membabitkan aspek infrastruktur, logistik dan penginapan, sekali gus memastikan kemudahan yang lebih selesa serta tersusun kepada jemaah.

Zulkifli berkata, usaha berkenaan bukan sekadar tugasan, sebaliknya satu bentuk khidmat kepada jemaah.-BH Online