SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memanggil Menteri Besar, Ketua Menteri serta pemimpin utama parti politik dalam masa terdekat untuk mendengar sendiri taklimat berhubung kedudukan semasa ekonomi negara kesan konflik di Asia Barat.
Perdana Menteri berkata, hasil taklimat disampaikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) itu nanti akan menentukan keperluan sama ada wajar sidang Parlimen dipanggil bagi meneliti serta membincangkan langkah seterusnya.
Beliau berkata demikian ditemui media selepas solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong di sini, hari ini.-BH Online
