Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Oleh: Noraini Nordin
(Ulasan Berita)

Tidak perlu membuat pembelian `panik’ , barangan keperluan raya mudah didapati dengan harga terkawal membolehkan persiapan sambutan Aidilfitri tahun ini terus lancar serta ceria.

Tidak boleh dinafikan sejak Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim menerajui Kerajaan MADANI suara-suara rungutan berkaitan dengan harga barang untuk persiapan khasnya pada musim perayaan termasuk Tahun Baharu Cina dan Hari Raya telah semakin `sepi dan tenggelam’.

Begitu juga untuk Aidilfitri tahun ini , kemeriahan membuat persiapan menyambut raya di seluruh negara tetap meriah . Rakyat dapat berjimat kerana barangan tersebut dijual dengan harga berpatutan.

Kerajaan MADANI melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Aidilfitri 2026 telah menyenaraikan 27 barangan kawalan bagi memastikan harga keperluan asas stabil dan raya ceria.

Skim ini mengawal harga ayam, daging, sayuran, dan bahan kering bagi mengelakkan kenaikan melampau.

Antara barangan kawalan termasuklah ayam bulat, ayam standard, daging lembu tempatan (harga berbeza mengikut kawasan), cili merah, kelapa biji, bawang, dan kacang dal.

BEKALAN BARANGAN MENCUKUPI

Tujuan Kerajaan MADANI adalah bagi memastikan bekalan mencukupi dan harga barangan keperluan terkawal bagi meringankan beban pengguna semasa perayaan.

Pemantauan KPDN yang sangat aktif membuat pemantauan di pasar raya dan pasar basah bagi mematuhi harga maksimum yang ditetapkan, menjamin ketenangan minda pengguna.

Kepentingan skim adalah supaya harga berpatutan dan dapat melindungi
pengguna daripada kenaikan harga yang tidak munasabah.

Tinjauan penulis di beberapa pasar raya mendapati harga barangan terkawal membolehkan persiapan raya dibuat dengan lebih tenang
dan rakyat boleh berjimat.

Kerajaan MADANI telah berusaha memastikan harga barangan keperluan tidak naik secara drastik menjelang Hari Raya Aidilfitri melalui mekanisme seperti Skim Harga Maksimum yang mendapat reaksi positif dengan jaminan bekalan mencukupi serta kawalan harga daripada pihak KPDN.

Pemeriksaan harga dilakukan di pasar-pasar awam untuk memastikan kepatuhan kepada Skim Harga Maksimum juga dilihat berkesan menghalang para peniaga menaikkan harga hingga membebankan rakyat.

Berikutan adalah maklumat penting berkaitan SHMMP Hari Raya Aidilfitri 2026:

Tempoh Pelaksanaan: 14 Mac – 28 Mac 2026.
Jumlah Barang: 27 jenis barang keperluan termasuk ayam, daging, cili kering, dan kacang dal.
Tanda Harga: Wajib menggunakan label merah jambu.


Tujuan: Memastikan harga tidak dinaikkan sesuka hati dan bekalan mencukupi.
Antara Barang Harga Terkawal (Contoh):
Ayam: Ayam hidup, ayam standard, ayam super.
Daging: Daging lembu import (kecuali daging wagyu/premium).
Hasil Laut: Ikan kembung, ikan selar.
Kering/Sayur: Cili kering, bawang merah, bawang putih, kacang tanah, kacang dal.-MEDIA PERPADUAN