Kementerian Pendidikan (KPM) akan memasang 333 kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah asrama terpilih tahun ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad, berkata pemasangan CCTV berkenaan tahun ini membabitkan fasa kedua selepas fasa pertama selesai dilakukan.
“Bagi fasa pertama tahun lalu, kita sudah memasang sebanyak 200 CCTV di sekolah asrama terpilih.
“Bagi fasa kedua pula, sebanyak 333 CCTV akan dipasang di sekolah dikenal pasti dan kini ia di peringkat teknikal,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Jaulah Ramadan dan Komuniti KPM di Kolej Vokasional Pengkalan Chepa.
Mengulas lanjut katajya, pemasangan CCTV tidak boleh dilakukan dengan mudah atau sesuka hati, sebaliknya perlu penelitian kerana ia membabitkan privasi kanak-kanan.
“Sebab itu kita akan mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak supaya lokasi pemasangan CCTV berkenaan tidak menjadi isu.
“Bagaimanapun, kita akan menyegerakan pemasangan berkenaan untuk fasa kedua tahun ini,” katanya.-BH Online
