Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR, 27 Februari – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim kini menjalani rawatan susulan akibat kesakitan musculoskeletal yang melibatkan otot dan tulang di bahagian belakang serta pinggul.

Istana Negara dalam kenyataan memaklumkan, Seri Paduka Baginda dinasihatkan pakar perubatan supaya berehat dan tidak menghadiri sebarang majlis bagi memberi ruang kepada proses rawatan serta pemulihan.

Susulan itu, Baginda tidak dapat berangkat ke Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri, Ketua Perwakilan Asing dan pegawai kanan kerajaan di Istana Negara semalam.

Majlis perasmian Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sultan Ibrahim yang dijadual berlangsung turut ditangguhkan ke satu tarikh lain.

Menurut kenyataan itu, Yang di-Pertuan Agong dijangka kembali berangkat ke majlis rasmi selepas kesihatan Baginda beransur pulih.-Berita RTM