Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR, 18 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan usaha memerangi rasuah di semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Johor perlu dilaksanakan tanpa kompromi.

Seri Paduka Baginda bertitah bahawa integriti dan ketelusan pentadbiran merupakan asas penting dalam memastikan kesejahteraan serta kemakmuran negeri terus terpelihara.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, amanat berkenaan disampaikan ketika Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir di Istana Pasir Pelangi, di sini hari ini.

Turut hadir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Datin Paduka Hazlina Jalil dan Pengarah Tanah dan Galian Johor, Mohammed Shakib Ali.

Dalam pertemuan selama hampir dua jam itu, Sultan Ibrahim turut dipersembahkan taklimat mengenai perkembangan semasa serta kemajuan pesat dicapai Johor oleh Datuk Onn Hafiz.-Berita RTM