Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Oleh: Noraini Nordin
(Tinjaun Khas SARA 2026)

Malam tadi sewaktu kebanyakan masyarakat Cina Malaysia sedang rancak meraikan `makan besar ‘ penulis mengambil peluang membuat tinjauan di beberapa pasaraya untuk membuat tinjauan penggunaan SARA telah dikreditkan dalam MyKad penerima bagi tahun ini.

Kali ini penulis bertemu dua anak muda yang sedang membeli belah di sebuah pasaraya yang pinggir bandar , Seremban, Negeri Sembilan.

Ini bukan kali pertama penulis menulis kisah penerima SARA khasnya anak-anak muda teruja dengan bantuan SARA yang mereka sifatkan sebagai hadiah kasih sayang daripada Kerajaan MADANI yang amat peka dengan kehidupan rakyat Malaysia.

JAMUAN UNTUK BERBUKA PUASA DENGAN KELUARGA

Kali ini penulis bertemu dengan dengan Akmal Safar Mohd Faizal yang sedang membeli sekampit beras basmathi jenama popular, minyak dan kopi.

“Puasa pertama saya mahu berbuka dengan keluarga . Saya beli barangan ini untuk jamuan keluarga,’’ jelas anak muda yang berusia 21 tahun yang menuntut di sebuah universiti di Lemah Kelang.

Ini adalah kali kedua beliau menerima bantuan SARA daripada Kerajaan MADANI yang diterajui oleh Datok Seri Anwar Ibrahim.

“Bantuan SARA kali ini lebih meriah kerana penerima boleh memilih pelbagai jenis barangan termasuk sejuk beku.

“Bagi saya barangan yang ditawarkan amat bermanfaat untuk semua golongan termasuk pelajar kolej atau universiti . Saya amat berpuas hati dengan SARA . Terima kasih PMX dan Kerajaan MADANI,’’ kata Akmal Safar anak sulong daripada lima beradik yang dilahirkan di Johor Bahru, Johor.

Adiknya Aizat Fitri Mohd Faizal pula mengggunakan SARA untuk membeli barangan kering serta pengurusan diri bagi kegunaan sewaktu di kolej.

‘Saya tidak menggunakan SARA sekali gus. Saya menggunakan SARA bercara berdikit-dikit dan apabila perlu sahaja.

`Contohnya hari ini saya membeli mee segera, biskut serta minuman. Saya juga beli syampu mandian dan ubat gigi. Baki SARA dalam MyKad saya simpan untuk kegunaan jika ada keperluan lain, ‘’ ujar Aizat Fitri , 20 tahun yang masih menuntut di Kolej Kemahiran Tinggi MARA , Ledang, Johor.

Kedua beradik ini sedang bercuti di kampung nenek mereka di Negeri Sembilan sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina sejak dua hari lalu.

22 JUTA WARGANEGARA MALAYSIA LAYAK TERIMA SARA

Sebagai rujukan , Sumbangan Asas Rahmah (SARA ) 2026 yang telah dikredit oleh Kerajaan MADANI dalam MyKad bermula 9 Februari lalu kepada warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas sebagai persiapan sambutan Tahun Baharu Cina dan Ramadhan.

Seramai 22 juta warganegara Malaysia berkelayakan menerima kredit one-off tersebut .

Iniasitif SARA mula diperkenalkan oleh Kerajaan MADANI pada 31 Ogos tahun lalu sebagai penghargaan kepada rakyat Malaysia sempena Hari Kebangsaan 2025.

SARA untuk semua 2025 telah mencatatkan penggunaan oleh 21.2 juta rakyat iaitu 96 peratus penerima yang melibatkan perbelanjaan hampir RM2.1 billion.

PERBEZAAN SARA BULANAN DAN SARA UNTUK SEMUA

SARA Bulanan

Bantuan berkala setiap bulan untuk penerima yang lulus STR merangkumi kategori isi rumah, warga emas tiada pasangan dan individu bujang.

Kadar bayaran antara RM50 hingga RM200 sebulan dan dikreditkan secara automatik melalui MyKad setiap 1hb.

SARA Untuk Semua

Bantuan RM100 secara one-off untuk semua pemegang MyKad berusia 18 tahun dan ke atas.

Tiada permohonan diperlukan dan bayaran juga dikreditkan terus melalui MyKad pada 9 Februari 2026.

Dapatkan maklumat rasmi hanya di sara.gov.my – MP