Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Oleh: Noraini Nordin (Ulasan Berita )

Bulan Februari pastinya amat menceriakan untuk rakyat Malaysia . Februari yang penuh keriangan bagi yang memang suka bercuti kerana bulan ini mewah dengan cuti umum serta menikmati cuti khas perayaan Thaipusam, Cuti Hari Wilayah dan yang bakal menjelma adalah cuti sambutan Tahun Baharu Cina.

Bukan itu sahaja, Kerajaan MADANI pimpinan Datok Seri Anwar Ibrahim juga telah bersetuju memberikan diskaun tol 50 peratus untuk kenderaan Kelas 1 (persendirian) sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2026 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Pemberian diskaun tol yang bermula 14 Februari 2026 ( 12.01 pagi) sehingga 15 Februari (11.59 malam) tersebut tanda keprihatinan kerajaan dalam membantu meringankan kos perjalanan sempena perayaan tahun ini.

Ini juga peluang untuk rakyat merancang perjalanan ke destanasi masing-masing bersama teman atau ahli keluarga dengan selamat serta selesa.

𝐒𝐀𝐑𝐀 MEMBABITKAN RM2.2 BILION UNTUK 22 JUTA RAKYAT MALAYSIA BERUSIA 18 TAHUN KE ATAS

Dalam pada itu pada yang sememangnya menanti-nanti bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 `one-off’ bulan ini juga menambahkan kegembiraan mereka.

Sumbangan SARA membabitkan peruntukan sejumlah RM2.2 bilion bermula
9 Februari SARA boleh ditebus melalui Mykad bagi warganegara berumur 18 tahun ke atas.

Seramai 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas akan mula menerima manfaat di bawah inisiatif SARA sebagai komitmen berterusan kerajaan untuk meringankan kos sara hidup serta memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Dengan hanya membawa MyKad, penerima layak menggunakan peruntukan RM100 secara sekali bayar (one-off) untuk membeli barangan keperluan asas yang ditetapkan di bawah inisiatif SARA di lebih 10,000 kedai runcit dan pasar raya terpilih di seluruh negara.

Penerima SARA boleh menyemak kelayakan serta maklumat lanjut melalui laman web rasmi SARA di sara.gov.my

ORANG BUJANG JUGA MENGHARGAI SARA

Dalam perbualan santai penulis dengan penerima SARA dari golongan muda yang masih belum berkahwin , mereka menerima bantuan tersebut dengan gembira.

“Saya masih tinggal dengan keluarga. Bantuan SARA saya gunakan untuk membeli keperluan makanan asas seperti beras, gula, tepung serta minyak masak.

`Saya bangga dapat membantu keluarga dengan SARA . SARA mungkin jumlahwang kecil’ bagi orang berada tetapi amat bermakna bagi golongan berpendapatan rendah,’’ jelas Syafika Zainuddin, 23 tahun yang masih menuntut di pusat pengajian tinggi di Selangor.

Rakannya Sumayyah Baharuddin, 22 berkata, beliau menggunakan SARA untuk membeli barangan pengurusan diri serta makanan kering untuk bekalan sewaktu di asrama.

“Bantuan SARA saya guna untuk membeli pencuci pakaian, syampu rambut serta makanan kering seperti mee segera, biskut dan minuman.
Saya tidak habiskan sekali gus bantuan SARA ini. Saya menggunakan secara berjimat. Berbelanja apabila perlu. Ini kali kedua saya menerima SARA. Bantuan daripada Kerajaan MADANI yang amat kami syukuri,’’ ujar gadis peramah ini terus terang.

Penulis bertemu dua wanita muda ini ketika membuat tinjuan di sebuah pasaraya petang semalam sambil juga menggunakan SARA.

Ramai ketua keluarga telah mula berbelanja menggunakan SARA dengan wajah ceria sambil ditemani anak-anak mereka.

GOLONGAN SASAR

Menyusuri lagi langkah-langkah Kerajaan MADANI dalam usaha untuk membantu sehabis mampu kehidupan rakyat terutama golongan sasar –
Sebelum itu dalam Perutusan Tahun Baharu 2026, Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan MADANI telah mula menyalurkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 untuk tahun ini.

Seramai 5 juta penerima- meliputi 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tiada pasangan bakal menerima antara RM100 dan RM500 mengikut kelayakan masing-masing.

PENAMBAHBAIK KEPADA STAR

Penambahbaikan kepada STR yang kini disepadukan dengan pelaksanaan SARA memastikan golongan berkelayakan menerima bantuan yang lebih konsisten dan berkesinambungan dalam memenuhi keperluan asas.

STR disediakan sebagai bantuan tambahan secara suku tahunan untuk memberi ruang kewangan pada waktu puncak seperti musim perayaan, manakala SARA berfungsi sebagai sokongan asas bulanan yang stabil.

Bagi yang sentiasa mengikuti rapat perkembangan Kerajaan MADANI pasti boleh melihat dengan jelas bahawa Kerajaan MADANI sedang giat memastikan rakyat dapat hidup selesa dan bermaruah tanpa ada perasaan dipinggirkan atau terpinggir.

Ini membuktikan Kerajaan MADANI telah memperkukuhkan kebajikan serta perlindungan sosial rakyat dengan meningkatkan pelbagai bantuan demi memastikan kesejahteraan warga Malaysia terpelihara.

Inilah peluang terbaik untuk setiap rakyat Malaysia memanfaat sumbangan dan bantuan daripada Kerajaan MADANI untuk meningkatkan keceriaan kehidupan diri serta keluarga tersayang.-Media Perpaduan