Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR, 4 Februari- Proses penyerahan pengurusan Pelabuhan Bintulu (Bintulu Port) kepada Kerajaan Negeri Sarawak kini berada di peringkat akhir.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ketika ini, pelabuhan itu masih berstatus Pelabuhan Persekutuan dan berada di bawah seliaan Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) sehingga Akta Pelabuhan Bintulu (Pembubaran) 2024 dikuatkuasakan.

“Jawatankuasa teknikal bersama Kerajaan Persekutuan dan negeri sedang meneliti aspek perundangan bagi memastikan semua obligasi dipenuhi sebelum tarikh kuat kuasa akta ditetapkan.

“Ini bagi membolehkan Kerajaan Negeri Sarawak mengambil alih kawalan, seliaan dan pengurusan Pelabuhan Bintulu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau turut memaklumkan Kerajaan Sarawak bersetuju mengambil alih LPB daripada Kerajaan Persekutuan pada harga RM1.8 bilion.

Anthony Loke menjawab soalan Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew mengenai status semasa pelabuhan dan jumlah bayaran yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Sarawak.-Berita RTM