Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

BAITULMAQDIS, 30 Januari – Israel mengumumkan bahawa lintasan Rafah antara Gaza dan Mesir akan dibuka semula pada 1 Februari ini.

Bagaimanapun, menurut Israel, pergerakan di lintasan itu adalah terhad kepada individu-individu tertentu.

Pergerakan masuk dan keluar akan dibenarkan dengan kerjasama Mesir.

Ia selepas individu tersebut menjalani pemeriksaan keselamatan oleh Israel dan di bawah pengawasan misi Kesatuan Eropah. -AFP