Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mempertimbangkan pelaksanaan persekolahan dua sesi bagi menangani masalah kesesakan di beberapa sekolah bandar terutama membabitkan murid prasekolah dan darjah satu pada tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah segera itu bagi memastikan pendidikan bermutu dapat diberikan keada semua murid.

“Memang benar, ada sekolah di bandar mempunyai kepadatan murid sementara banyak sekolah desa, pedalaman kurang murid. Itu memang kenyataan. 

“Bagi sekolah-sekolah yang dianggap sesak, KPM akan mengambil penyelesaian melaksanakan persekolahan dua sesi di beberapa sekolah yang mempunyai ramai murid tahun satu dan prasekolah bagi membolehkan pendidikan bermutu diberikan,” katanya ketika Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor) mengenai kesiapsiagaan sekolah yang mempunyai kepadatan murid yang akan mengalami pertambahan murid tahun satu dan prasekolah selepas mereka memilih persekolahan pada usia lima dan enam tahun mulai tahun depan. 

Anwar berkata kerajaan sudah menyediakan peruntukan tambahan berjumlah RM800 juta bagi memenuhi keperluan pelaksanaan murid enam tahun memasuki darjah satu.-BH Online