Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

SERDANG, 19 Januari – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membentangkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 esok.

Beliau berkata pelan pendidikan baharu itu sebagai iltizam Kerajaan MADANI untuk meningkatkan mutu dan kualiti sistem pendidikan Malaysia secara menyeluruh.

“Esok di Parlimen, saya akan jelaskan sedikit isu ekonomi dan selepas itu melancarkan pelan pendidikan bagi negara kita supaya mutu pendidikan dapat ditingkatkan,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada majlis penghargaan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 di sini hari ini.

Majlis pelancaran pelan pendidikan baharu tersebut dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Sementara itu, beliau menegaskan dasar yang jelas perlu diterapkan dalam pembangunan negara.

Selain, amalan salah guna kuasa dan rasuah mesti dibanteras sepenuhnya.

“Dasar mesti jelas, termasuk hala tuju ekonomi negara. Ekonomi yang maju bukan sahaja mengangkat martabat negara, malah membolehkan hasil pelaburan bernilai ratusan bilion dipulangkan kembali kepada rakyat,” katanya lagi.-Berita RTM