Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR, 27 Disember – Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Dr. Zulhelmy Ithnain akan memangku tugas sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam satu kenyataan memaklumkan, pelantikan itu dibuat susulan persaraan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam Jaffar yang mencapai umur persaraan wajib.

“Setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat, kepimpinan serta jasa beliau (Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam Jaffar) sepanjang menerajui ATM, serta mendoakan kelancaran urusan persaraannya,” menurut kenyataan itu.

Langkah pentadbiran tersebut diambil bagi memastikan proses siasatan dapat dilaksanakan secara telus dan tanpa sebarang konflik kepentingan.

Sementara itu, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Haji Muhammad Hafizuddeain Jantan akan bercuti berkuat kuasa serta-merta bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap dakwaan tertentu yang telah dilaporkan.-Berita RTM