Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Kejayaan Pasukan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) meraih dua anugerah berprestij pada Seoul International Invention Fair (SIIF) 2025 membuktikan politeknik bukan lagi pilihan kedua.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata kejayaan itu menunjukkan bahawa politeknik adalah institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang melahirkan inovator berdaya saing, berfikir global dan mampu bersaing di pentas dunia.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh pasukan serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas komitmen, dedikasi dan kerja berpasukan yang cemerlang,” katanya menerusi hantaran di Facebook. 

Pada SIIF yang berlangsung di Korea Selatan, PSIS memenangi Anugerah Emas menerusi inovasi A-Port Simulation: Inclusive Airport Experience with Interactive Navigation dan Anugerah Perak melaluiprojek PlantScape Apps for Residential 2.0. null

SIIF acara untuk inovator dan penyelidik dari seluruh dunia mempamerkan idea serta produk baharu mereka kepada pengilang, pelabur, pengedar, syarikat perlesenan dan orang awam. -BH Online