Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR, 26 Disember – Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM36.30 bilion daripada RM36.96 bilion pagi ini, manakala mudah tunai dalam dana Islam menurun kepada RM17.40 bilion daripada RM18.12 bilion.

Terdahulu, bank pusat itu menawarkan dua tender repo berbalik.

Pada 4 petang, BNM melaksanakan tender pasaran wang konvensional berjumlah RM36.30 bilion dan tender pasaran wang murabahah RM17.40 bilion, masing-masing bagi wang tiga hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 24 Dis, 2025. -BERNAMA