Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUANTAN, 21 Disember – Seramai 3,102 penduduk terjejas banjir di Pahang daripada 1,021 keluarga ditempatkan di 38 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pukul 1.00 tengah hari tadi.

Angka berkenaan berkurangan berbanding 4,971 orang daripada 1,680 keluarga di 40 PPS, setakat pukul 8.00 pagi tadi.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kuantan kekal sebagai daerah paling terjejas dengan 2,463 orang daripada 831 keluarga yang masih berlindung di 20 PPS.

“Selain Kuantan, daerah lain yang terjejas banjir adalah Pekan (426 orang), Jerantut (29 orang), Bera (73 orang), Temerloh (46 orang), Rompin (30 orang) dan Maran (35 orang),” menurut kenyataan itu.

Angka penduduk terjejas dijangka terus berkurangan susulan keadaan cuaca yang baik sejak semalam.-Berita RTM