Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUCHING: Pengeluaran lada negara diunjurkan mencecah 32,000 tan metrik menjelang penghujung tahun ini, kata Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Beliau berkata, industri lada negara antara nadi penting dalam sektor agrikomoditi negara namun seperti komoditi yang lain, ia juga berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Cabaran itu, katanya termasuk perubahan harga global yang tidak konsisten, persaingan di peringkat antarabangsa, piawaian keselamatan makanan yang ketat dan impak perubahan iklim dunia.

“Saya ingin tegaskan bahawa walaupun berdepan pelbagai cabaran, industri lada negara tetap menunjukkan pertumbuhan positif,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Persidangan dan Ekspo Lada Malaysia 2025 di sini, hari ini.-BH Online