KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.75 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025.
Jumlah agihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM10.4 bilion yang akan memberi manfaat kepada 11.4 juta pemegang unit ASB.
Ia menjadikan jumlah kumulatif pengagihan pendapatan ASB sebanyak RM206.7 bilion, mencerminkan ketahanan dan kekuatan portfolio pelaburan ASB, menurut PNB dalam satu kenyataan.-Berita RTM
