Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUANTAN, 18 Disember – Bantuan Wang Ihsan (BWI), akan disalur kepada penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berdaftar di seluruh negara, sebelum mereka dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penambahbaikan insiatif itu, hasil keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Mengikut peraturan lama, mereka hanya mendapat bayaran tiga hari selepas PPS dikosongkan.

“Penambahbaikan yang dibuat itu selari keperluan semasa, bagi memastikan kebajikan penduduk terjejas bencana terus terpelihara terutama melibatkan keperluan asas serta pemulihan pascabencana,”katanya ketika melawat penduduk terjejas bencana di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Setakat ini, 77 peratus BWI telah diselesaikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), manakala bakinya akan diselesaikan segera.

Beliau dalam pada itu turut memaklumkan akan membawa cadangan menaikkan jumlah BWI penduduk terjejas bencana dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, akan datang.-Berita RTM