Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

PUTRAJAYA: Malaysia menempelak dakwaan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) bahawa ia tidak dibenarkan melawat depoh tahanan Imigresen di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata sepanjang pengetahuannya hanya dua permohonan dikemukakan oleh badan antarabangsa itu pada tahun ini untuk melawat depoh tahanan Imigresen.

“UNHCR… kalau semalam, dalam New York Times, dia cakap kita tak beri akses pula nak masuk ke depoh imigresen. 

“Seingat saya, tahun ini, baru dua kali kita terima surat, di mana UNHCR kata dia nak datang jengok depoh Imigresen, dua kali baru.

“Tapi dia beri tahu dunia kata kita sekat, tak bagi. Jadi semua itu kita ‘manage’ dari segi persepsi,” katanya pada Perhimpunan Bulanan kementeriannya di sini, pagi ini.

Dalam laporan New York Times itu, UNHCR dilaporkan mendakwa ia disekat sejak 2019 untuk melawat kebanyakan depoh tahanan, sekali gus mengurangkan keupayaannya mengenalpasti pelarian atau memeriksa keadaan dalam pusat tahanan berkenaan.

Ia juga menyebut akses diberikan melalui proses permohonan, dengan menekankan dua lawatan yang dibuat tahun lalu.-BH Online