Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin apabila pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) selama dua hari yang bermula esok di AS.

Pada jam 6 petang, ringgit hampir tidak berubah pada paras 4.1100/1145 berbanding dolar AS, berbanding penutupan Jumaat lalu pada 4.1105/1140.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata mata wang tempatan itu bergerak dalam jajaran ketat antara RM4.1057 hingga RM4.1160 sepanjang hari, susulan pedagang dan pelabur menantikan hasil mesyuarat FOMC pada 10 Disember.

“Kelihatan bahawa pengurangan 25 mata asas dalam kadar dana Fed sudah hampir pasti,” katanya.

Pada penutupan, ringgit berada pada trend lebih tinggi berbanding mata wang utama.

Ia meningkat berbanding pound British kepada 5.4729/4789 daripada 5.4859/4905 pada penutupan Jumaat lalu, mengukuh berbanding euro kepada 4.7873/7926 daripada 4.7912/7953, dan naik berbanding yen Jepun kepada 2.6429/6460 daripada 2.6536/6561.

Ringgit juga diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1698/1735 daripada 3.1741/1773 pada penutupan Jumaat lalu, meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 246.1/246.5 daripada 246.8/247.2, dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.9006/9204 daripada 12.9054/9221 semalam.

Bagaimanapun, ringgit tidak berubah berbanding peso Filipina pada 6.97/6.98.— BERNAMA