KUALA LUMPUR: Malaysia menetapkan 18 hingga 29 September 2027 sebagai tarikh Sukan SEA bagi memanfaatkan cuti universiti, cuaca stabil dan mengelakkan pertindihan dengan acara besar negara seperti Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Sebanyak 38 sukan diumumkan, dipilih mengikut syarat SEAGF, kesesuaian venue serta keutamaan program RTG dan Podium.
Perkara itu diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh selepas mempengerusikan Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA ke-34 dan Sukan PARA ASEAN ke-14 di Putrajaya, hari ini.-BH Online
