Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Putrajaya, 4 Disember – Kerangka Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara (PTDSN) 2026–2030 yang dilancarkan hari ini akan yang menjadi hala tuju baharu kerajaan dalam memperkukuh kesejahteraan sosial serta ketahanan negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, pelan itu dibangunkan melalui kerjasama menyeluruh antara kementerian Persekutuan, kerajaan negeri, pihak swasta dan komuniti.

Ia merangkumi empat teras, 17 bidang keutamaan, 17 strategi, dan 102 inisiatif, melibatkan penyertaan 32 kementerian dan agensi selaras dengan pendekatan keseluruhan kerajaan Whole of Government (WoG) dan pendekatan keseluruhan negara, Whole of Nation (WoN).

Beliau turut menjelaskan, pembangunan negara tidak boleh diukur melalui Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira petunjuk sosial, agihan ekonomi yang adil dan akses peluang untuk semua rakyat.

“Saya ingin menegaskan bahawa ukuran pembangunan negara tidak wajar hanya bergantung pada pertumbuhan KDNK,” katanya dalam kenyataan media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sosial Negara ke-23 di sini.

Dalam pada itu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid memaklumkan kerajaan bersetuju dengan syor memperkenalkan akta baharu menggantikan Akta Orang-Orang Papa 1977.

Ia bertujuan memperkukuh tadbir urus isu pengemis dan gelandangan melalui takrifan lebih jelas, kuasa agensi lebih tersusun dan keseimbangan antara pemulihan serta penguatkuasaan.

“Sejumlah 5,163 gelandangan telah dibantu antara tahun 2021 hingga Mei 2025, namun kadar berulang kekal tinggi. Oleh demikian kerajaan menegaskan terdapat keperluan pendekatan bersepadu merangkumi pendidikan digital, pemantauan rentas agensi dan perlindungan pengguna yang lebih kukuh,” tambahnya.

Kenyataan itu dibuat berikutan kegiatan penipuan dalam talian menunjukkan peningkatan saban tahun dan mencatatkan kerugian sehingga RM1.9 bilion, melibatkan 47,854 kes dari Januari hingga September tahun ini.

Oleh demikian beliau berharap Majlis Sosial Negara terus menjadi platform penyelarasan dasar sosial negara secara menyeluruh.-Berita RTM