Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR, 25 Oktober – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan pertemuan dengan Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino di sela-sela kunjungan rasmi pimpinan antarabangsa di Putrajaya.

Menerusi perkongsian di Facebook, Datuk Seri Anwar memaklumkan bahawa perbincangan mereka tertumpu kepada usaha memperkukuh ekosistem bola sepak di Malaysia dan rantau ASEAN.

Ini termasuk melalui projek FIFA Arena yang bakal menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai bakat tempatan dan peningkatan prasarana bola sepak negara.

“Kami turut menyentuh mengenai Perjanjian Pembangunan Bola Sepak ASEAN-FIFA yang merupakan satu langkah strategik membuka lembaran baharu ke arah menjadikan rantau ini sebagai kuasa bola sepak yang disegani di peringkat global.

“Malaysia akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan bola sepak melalui peningkatan kemudahan, latihan berstruktur serta kerjasama strategik bersama FIFA sebagai langkah penting untuk melahirkan generasi baharu pemain berbakat, memperkukuh ekosistem sukan profesional dan mengangkat nama negara sebagai hab pembangunan bola sepak serantau,” katanya.-Berita RTM