KUALA LUMPUR: Sebanyak 31 syarikat pelancongan diberikan lesen rasmi sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk menawarkan pakej haji bagi musim 1447H/2026M selepas melalui semakan teliti meliputi aspek kewangan, pematuhan undang-undang, rekod pengurusan jemaah serta prestasi terdahulu.
Ketua Jabatan Haji, Lembaga Tabung Haji (TH), Mohd Hisham Harun, berkata Jawatankuasa Urusan Haji melaksanakan penilaian terhadap permohonan lesen daripada 60 syarikat sebelum 31 syarikat dilantik sebagai PJH berbanding 37 pada musim lalu.
“Selepas semakan teliti meliputi aspek keupayaan kewangan, pematuhan undang-undang, rekod pengurusan jemaah serta prestasi operasi terdahulu, 31 syarikat diluluskan berbanding 37 syarikat musim lalu,
“Pelantikan ini mencerminkan komitmen berterusan TH dalam memastikan PJH beroperasi mengikut piawaian, garis panduan dan syarat ditetapkan, selaras tanggungjawab TH sebagai peneraju urusan haji negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati terhadap tawaran pakej haji oleh pihak tidak berlesen dan semua bakal jemaah disaran menyemak senarai rasmi PJH berlesen melalui portal TH di www.tabunghaji.gov.my.
“Sebarang tawaran haji oleh pihak tidak berlesen adalah menyalahi Akta Tabung Haji 1995 dan boleh dianggap sebagai penipuan (scam),” katanya.
Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau agensi terbabit dan menggesa umat Islam yang berhasrat menunaikan haji supaya hanya berurusan dengan PJH yang sah dan dilesenkan oleh TH.
Syarikat Pengelola Jemaah Haji 1447H/2026M yang dilantik ialah TH Travel & Services Sdn Bhd, Al Balad Travel & Tours Sdn Bhd, Alam Shah Travel & Tours Sdn Bhd, Amani Travel Sdn Bhd, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Az Safir Travel And Tours Sdn Bhd, Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd dan Busyra Holidays Sdn Bhd dan CS Holidays Sdn Bhd.
Selain itu, Eiman Travel & Tours Sdn Bhd, Felda Travel Sdn Bhd Feld, Gemilang Travel And Tours Sdn Bhd, Harmony Excellence Holidays Sdn Bhd, In Saff Travel And Tours Sdn Bhd, Irkaz Travel & Tours Sdn Bhd, JAD Travel & Tours (M) Sdn Bhd, Jay Ibrahim Travel & Tours Sdn Bhd, Juara Travel & Tours Sdn Bhd dan Kembara Umrah Sdn Bhd.
Turut dilantik KRS Travel Sdn Bhd, KUJDT (Tiara Mass Travel & Tours Sdn Bhd), Mahabbaten Travel & Tours Sdn Bhd, MIMM Travel & Tours Sdn Bhd, Qashwa Travel Sdn Bhd, Rayhar Travels Sdn Bhd, Rehlah International Travel & Tours Sdn Bhd, Syarikat Pelancungan Yaskin Sdn Bhd, TITIM Travel Sdn Bhd, Tri-D Travel & Tours Sdn Bhd, Wira Saujana Travels & Tours Sdn Bhd dan Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd. – BERNAMA
