Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyokong usaha menetapkan prosedur operasi standard, (SOP) bagi mempercepatkan proses mahkamah melibatkan kanak-kanak agar dapat diselesaikan dalam tempoh kurang setahun.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, langkah itu penting bagi memastikan kebajikan kanak-kanak dilindungi segera.

Tambahnya, pelaksanaan SOP itu selari dengan tanggungjawab kementeriannya dalam menjaga kebajikan anak-anak.

“Memang itu salah satu daripada hasrat kita. Cuma kita tidak dapat mencampur aduk dengan bidang kuasa di bawah Kementerian Undang-Undang. Tapi oleh kerana ia telah diperkenalkan,disarankan, memang kita menyokong. Sebab itulah salah satu cara terbaik supaya ia dipatuhi, ” katanya.

Datuk Seri Nancy berkata demikian selepas merasmikan Program KASIH Keluarga dan Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan di Kampung Santubong, Kuching.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menyatakan bahawa kerajaan akan menetapkan SOP baharu bagi memastikan semua kes mahkamah membabitkan kanak-kanak diselesaikan dalam tempoh setahun dan ia yang akan dilancarkan pada 24 Oktober ini.-Berita RTM