Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Suasana penuh warna dan kemeriahan di Brickfields yang juga dikenali sebagai ‘Little India’, menggambarkan semangat muhibah serta kekayaan budaya menjadi kebanggaan negara.

Perkara itu diakui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika meluangkan masa turun padang ke Little India, Brickfields semalam.

Perdana Menteri ke situ bukan sekadar meninjau persiapan masyarakat Hindu menjelang perayaan Deepavali Isnin ini, tetapi juga kesempatan untuk mendekati masyarakat, komuniti serta peniaga dalam merapatkan lagi hubungan antara pimpinan dan rakyat.

“Suasana penuh warna dan kemeriahan di Brickfields menggambarkan semangat muhibah serta kekayaan budaya yang menjadi kebanggaan negara kita.

“Diharapkan perayaan Deepavali tahun ini diraikan dengan penuh kegembiraan, kesyukuran dan semangat perpaduan, menyalakan cahaya harapan dan keharmonian dalam keluarga besar Malaysia,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.-BH Online