Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Rang Undang-Undang (RUU) Tribunal Antibuli yang sedang dirangka melibatkan semua institusi pendidikan dan tidak hanya tertumpu kepada murid sekolah di bawah Kementerian Pendidikan, (KPM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said turut memaklumkan, definisi buli akan diperincikan dengan lebih jelas merangkumi pelbagai bentuk termasuk aspek fizikal, emosi, mental, sosial, dalam talian dan lisan.

“Definisi ini penting. Tribunal bukan menghukum seperti mahkamah jenayah, tetapi lebih kepada memberi ruang pemulihan kepada pihak terlibat.

“Kalau buli, mesti lebih daripada sekali. Itu kunci utama dan mesti berterusan untuk diklasifikasi sebagai buli,” katanya pada sesi dialog awam Antibuli peringkat negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu, di sini.

Beliau menjelaskan, tribunal yang bakal diwujudkan berbeza dengan konsep mahkamah kerana ianya bertujuan menyelesaikan kes secara pantas, rahsia dan berkesan, tanpa melalui prosedur sistem kehakiman sedia ada.-Berita RTM