KUALA LUMPUR: Belanjawan 2026 dijangka mengambil kira cabaran dan usaha Kementerian Pertahanan untuk memodenkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menegaskan ia kerana negara bakal berdepan pelbagai cabaran, sama ada tradisional mahupun bukan tradisional.
Justeru melalui kajian separuh penggal Kertas Putih Pertahanan, beliau berkata, Kementerian Pertahanan merangka pewujudan Angkatan Masa Hadapan.
“Belanjawan ini adalah permulaan kepada usaha kita untuk menjayakan Angkatan Masa Hadapan.
“Bajet ini juga akan mengambil kira cabaran-cabaran yang bakal dihadapi oleh negara,” katanya kepada pemberita pada Majlis Peluncuran Kempen Tabung Pahlawan 2025/2026 di Wisma Perwira Tentera Darat di sini, hari ini.-BH Online