Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

BUKIT JALIL, 8 Oktober – Malaysia tidak akan berhenti menyuarakan isu kemanusiaan di Gaza.

Menteri luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kerajaan akan terus bersuara di semua peringkat rantau mahupun antarabangsa sekaligus mendesak agar tertubuhnya negara Palestin yang merdeka.

“Kerajaan menerusi Wisma Putra akan terus bersuara di semua peringkat baik rantau, baik ceruk mana pun dan peringkat antarabangsa. Kita akan menekan supaya bumi Palestin yang Merdeka mesti ditubuhkan segera. Itu sahaja kehendak kita,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Solidariti Gaza di Arena Axiata di Bukit Jalil.

Tambahnya, semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini, banyak negara telah menyatakan sokongan mereka untuk mengiktiraf negara Palestin yang merdeka.-BH Online