Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Kerjasama rentas kementerian perlu diperkukuh supaya usaha membangunkan sistem perlindungan sosial golongan sasar dapat dilaksana secara lebih berkesan dan menyeluruh.

Menerusi sesi plenari khas dengan beberapa menteri sempena Forum Keselamatan Sosial Sedunia (WSSF) 2025 semalam, mereka secara dasarnya mengakui sinergi antara kementerian adalah kunci utama ke arah itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata pihaknya tidak terkecuali memanfaatkan pendekatan itu menerusi kerjasama dengan kementerian lain bagi menyelesaikan isu berbangkit seperti keselamatan sosial khusus bagi golongan wanita dan suri rumah dalam industri gig.null

“Kita perlu bekerjasama dengan semua kementerian. Kami bekerja dengan Kementerian Sumber Manusia, bergantung kepada isu dan mereka boleh membekalkan kami dengan data diperlukan,” katanya ketika menjadi panel sesi berkenaan, semalam.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengakui kepentingan berkolaborasi sesama kementerian untuk mencari penyelesaian isu perlindungan sosial, seperti ditekankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.null

“Perdana Menteri selalu tegaskan dalam mesyuarat Kabinet mengenai pentingnya kolaborasi. Dengan peruntukan yang terhad, kita perlu bekerjasama.

“Jangan letakkan perlindungan sosial dalam kotak kerana keadaannya akan menjadi berbeza pada masa akan datang,” katanya.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo, berpandangan setiap kementerian mempunyai cabaran tersendiri yang memerlukan kerjasama rentas kementerian untuk menyelesaikan isu berbanding.

“Tiada apa dapat diselesaikan jkita ika bekerja secara sendiri atau silo.


Tambah dana bangunkan sistem penjagaan jangka panjang

KUALA LUMPUR: Negara membangun perlu meningkatkan pendanaan bagi membangunkan sistem penjagaan bersifat jangka panjang dalam mendepani negara menua. 

Pengarah Perlindungan Sosial, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Shahrashoub Razavi, berkata 60 peratus populasi dunia berusia 65 tahun ke atas belum menikmati perlindungan jangka panjang sewajarnya ketika ini.

“Penuaan amat cepat berlaku termasuk di negara Asia Pasifik dan banyak negara membangun belum membuat persediaan ke arah ini.

“Jika kita dapat membina perlindungan sosial jangka panjang, ia akan melegakan mereka dalam melalui usia tua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada sidang pleno bertajuk ‘Perkembangan dan Trend Global Mengenai Keselamatan Sosial’ sempena Forum Keselamatan Sosial Dunia (WSSF) 2025 di sini, semalam.

Sementara itu, Kaunselor Kanan kepada Pengarah dan Ketua Bahagian Dasar Sosial, Pekerjaan, Buruh dan Hal Ehwal Sosial Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Monika Queisser, berkata isu kesaksamaan jantina dan hal keibubapaan perlu diberi keutamaan.

Katanya, dasar yang diperkenal bagi mengatasi kedua-dua isu itu mungkin tidak mampu mengatasi segalanya, namun ia memadai dalam membantu merentasi pelbagai bidang untuk menyokongnya.

“Menyokong penyelarasan kerja dan kehidupan keluarga penting kepada ibu bapa. Kurangkan dikotomi antara pekerja formal, sementara dan tidak formal, di samping tingkatkan akses kepada sokongan untuk pekerja sementara atau tidak formal,” katanya.

Sementara itu, delegasi Mexico, Velarca Hernandez Alvaro, berkata persediaan menghadapi negara menua menjadi antara topik penting yang disentuh dalam penganjuran forum kali ini.

“Di Mexico, setakat ini kami tidak menghadapi isu penuaaan yang kritikal kerana negara kami mempunyai ramai orang muda.

“Namun, kami juga mesti bersedia untuk berdepan situasi sama yang dilalui banyak negara lain termasuk keperluan memperkasa peranan wanita,” katanya.-BH Online