Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Thailand yang baharu Anutin Charnvirakul.

Anwar menerusi hantaran di Facebook memaklumkan ucapan itu disampaikannya kepada Anutin menerusi panggilan telefon pada lewat petang semalam.

“Saya juga menzahirkan kegembiraan kerana beliau merupakan sahabat lama yang sentiasa bersama saya sewaktu susah dan senang.

“Saya turut menjemput beliau untuk mengadakan lawatan kerja ke Malaysia dalam masa terdekat bagi membincangkan isu-isu penting termasuk pengukuhan hubungan dua hala selain perkembangan di sempadan Thailand–Kemboja serta kerjasama ASEAN,” katanya.

Menurut Anwar, Anutin memaklumkan bahawa upacara angkat sumpah jawatannya akan berlangsung dalam tempoh seminggu.

“… dan beliau menantikan peluang untuk berjumpa saya sejurus selepas itu,” kata Anwar.null

Anutin, 58, yang juga ketua parti Bhumjaithai, secara rasmi memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Thailand ke-32 hari ini, selepas menerima perkenan diraja, sekali gus menandakan lembaran baharu dalam kepimpinan politik negara itu.-BH Online