Penghantar makanan pinjam basikal rakan untuk hantar pesanan
Pada tahun 2021, kisah seorang penghantar makanan mengundang simpati ramai apabila terpaksa meminjam sebuah basikal rakan hanya untuk meneruskan kerja.
Setiap kayuhan bukan sekadar menghantar pesanan, tetapi perjuangan mencari rezeki di tengah persepsi masyarakat yang ketika itu sering memandang kerja p-hailing sekadar pilihan terpaksa untuk bertahan hidup.
Prihatin dan memahami cabaran serta kepayahan dilalui penghantar makanan itu, seorang wakil rakyat tampil menghulurkan tangan dan dengan ikhlas hati menghadiahkan pemuda itu sebuah motosikal.
Wakil rakyat itu ialah Steven Sim, yang kini menjawat jawatan Menteri Sumber Manusia.
Simbolik kisah kecil yang pernah menyentuh hati itu, Khamis lalu berkembang menjadi perjuangan besar.
Perjalanan itu membuktikan, keprihatinan diberikan bukan sekadar janji manis, tetapi keberanian mengubah realiti.
Steven membawa Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 ke Parlimen, satu langkah bersejarah yang akhirnya melindungi hak dan kebajikan kira-kira 1.2 juta pekerja gig di seluruh negara.
Dari sebuah motosikal buat seorang penghantar makanan, kini lahir sebuah dasar negara untuk jutaan rakyat.-BH Online