Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) menafikan ada unsur ‘kawtim’ atau ‘orang dalam’ dalam proses pemberian kontrak kepada syarikat kontrakator.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata apa yang diperkatakan itu hanyalah persepsi sambil tidak menolak andaian itu juga satu tuduhan.

“Apa disebut tadi mengenai anugerah politik, orang dalam, ‘kawtim’… Itu adalah persepsi dan tuduhan,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) berhubung punca projek terbengkalai atau sakit terkait dengan ‘anugerah politik’, menggunakan orang dalam atau ‘kabel’ serta berunsur ‘kawtim’.

Roslan membangkitkan pertanyaan itu mengambil kira perbahasan dalam kalangan Ahli Parlimen terutama dari Sabah dan Sarawak berkaitan projek sakit serta terbengkalai di negeri berkenaan, terutama membabitkan pembinaan lebuh raya.

Menjawab soalan tambahan dikemukakan oleh Datuk Matbali Musah (GRS-Sipitang) mengenai kesediaan KKR untuk menyediakan peruntukan khas segera untuk kerja-kerja pencahayaan jalan dan pemasangan papan tanda keselamatan sementara projek pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo siap, Ahmad berkata dananya tidak mencukupi.

Untuk itu, beliau berkata kontraktor perlu mengambil insurans sebagai persediaan bagi menanggung sebarang kejadian tidak ingini berlaku ke atas pengguna jalan raya.

“Kawasan tertentu saja dipasang lampu, contohnya persimpangan dan bulatan. Tapi di kawasan keseluruhan lebuh raya (Pan Borneo) tidak dipasang lampu kerana tidak cukup peruntukan.

Roslan membangkitkan pertanyaan itu mengambil kira perbahasan dalam kalangan Ahli Parlimen terutama dari Sabah dan Sarawak berkaitan projek sakit serta terbengkalai di negeri berkenaan, terutama membabitkan pembinaan lebuh raya.

Menjawab soalan tambahan dikemukakan oleh Datuk Matbali Musah (GRS-Sipitang) mengenai kesediaan KKR untuk menyediakan peruntukan khas segera untuk kerja-kerja pencahayaan jalan dan pemasangan papan tanda keselamatan sementara projek pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo siap, Ahmad berkata dananya tidak mencukupi.

Untuk itu, beliau berkata kontraktor perlu mengambil insurans sebagai persediaan bagi menanggung sebarang kejadian tidak ingini berlaku ke atas pengguna jalan raya.

“Kawasan tertentu saja dipasang lampu, contohnya persimpangan dan bulatan. Tapi di kawasan keseluruhan lebuh raya (Pan Borneo) tidak dipasang lampu kerana tidak cukup peruntukan.-BH Online